Isnin, 25 Oktober 2010

MALCOLM X


Dia dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska. Ayahnya, Earl, seorang paderi Baptist yang lantang dan penyokong kepada Marcus Garvey, telah dibunuh di Lansing, Michigan pada 1931.
Malcom kemudiannya telah berhenti dari sekolah menengah, dan berpindah ke Boston untuk tinggal dengan kakak tirinya. Dia telah mendapat kerja sebagai pengilat kasut di sebuah kelab malam Lindy Hop; dalam autobiografinya, Malcolm berkata dia pernah mengilat kasut Duke Ellington dan beberapa pemuzik kulit hitam yang terkenal. Setelah beberapa ketika, dia berpindah ke Harlem, New York, di mana dia mula terlibat di dalam pengedaran dadah haram, berjudi, pelacuran, memeras ugut, dan merompak (dirujuk secara menyeluruh oleh Malcom sebagai hustling); dia juga sanggup berlakon gila untuk mengelakkan dari dihantar menyertai kerahan tenaga Perang Dunia II.
Malcolm telah ditahan pada 12 Januari, 1946 pada umur 20 tahun dan telah dipenjarakan selama lapan hingga sepuluh tahun atas kesalahan memecah masuk, membawa senjata api, dan merompak. Dia mendapat gelaran "Setan" di Penjara Negeri Charlestown disebabkan sifatnya yang suka menyumpah seranah terutamanya terhadap Tuhan dan Bible.
Pada 1948, keluarganya memeluk ajaran Islam. Saudara lelakinya Reginald telah menulis surat meminta dia menyertai Nation of Islam. Jadi Malcolm mula mempelajari ajaran Elijah Muhammad dengan gigihnya dan telah mula mengembangkan pemikiran inteleknya. Kakaknya Ella telah menolong memindahkannya ke koloni penjara berkawalan rendah di Norfolk, Massachusetts di mana dia telah mula minat membaca dan menemui kebenaran di dalam ajaran Elijah Muhammad dan Nation of Islam dalam sejarah dan falsafah. Beliau juga menyertai debat mingguan di koloni penjara itu. Beliau telah menyalin seluruh kamus daripada perpustakaan di situ dalam usahanya menambahkan pengetahuan dan memperbaiki tulisannya.
Pertama kali Malcolm mengenali Elijah Muhammad ialah semasa beliau berada di penjara dimana beliau surat-menyurat dengan pemimpin tersebut. Dalam usaha mempertingkatkan ilmunya sendiri, beliau menulis kepada Elijah setiap hari.
Selepas dibebaskan dari parol pada 7 Ogos, 1952, beliau membeli beg suitcase, sepasang kacamata, dan sebuah jamtangan, barang-barang yang paling kerap digunakan dalam kehidupannya.
Ketegangan meningkat antara Malcolm dan Nation of Islam. Perintah diberi oleh anggota Nation untuk membunuh Malcolm. Pada 14 Februari, 1965 rumahnya di New York dibaling dengan bom api oleh Nation of Islam, tetapi Malcolm dan keluarganya terselamat.
Seminggu kemudian pada 12 Februari, di Audubon Ballroom, Manhattan, Malcolm baru sahaja memulakan ucapannya apabila kekecohan berlaku dalam himpunan 400 orang. Seorang lelaki menjerit, "Get your hands off my pockets! Don't be messin' with my pockets!" Sewaktu pengawal peribadi beliau berlari kearah kekacauan tersebut, seorang kulit hitam meluru kehadapan dan menembak Malcolm di dadanya. Dua orang lagi yang bersenjatakan pistol melepaskan tembakan kearah beliau.




Malcolm X dikebumikan di Ferncliff Cemetery di Hartsdale, New York. Tiga lelaki ditahan atas tuduhan membunuh dan kesemuanya adalah ahli Nation of Islam iaitu Talmadge Hayer, Norman 3X Butler, dan Thomas 15X Johnson. Suatu memo FBI telah mendedahkan penglibatan agensi itu, dengan mengadakan perselisihan antara kedua gerakan itu yang berakhir dengan pembunuhan Malcolm X. Peranan FBI tidak begitu jelas. Walaupun begitu, adalah diketahui bahawa salah seorang pengawal peribadi beliau merupakan pegawai polis NYPD yang melapor kepada FBI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan