Khamis, 14 Oktober 2010

AZIZ RANTISI


Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi dilahirkan pada 23 oktober 1947 di Bina. beliau aktif dengan kerja kerja amal dan dakwah. pada tahun 1983 beliau telah dipenjarakan buat kali pertama kerana enggan membayar cukai kepada kerajaan zionis israel. As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi gugur syahid pada 17 April 2004. Beliau adalah Qo’i Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (HAMAS) Palestin yang ke-2 selepas As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang gugur syahid pada 22 Mac 2004. Sheikh Yasin memegang kepimpinan Hamas bermula tahun 1987. Dr.Abdul Aziz pula memegang taklifan sebagai Qo’id Hamas belum sampai sebulan, lalu ditembak oleh teroris Israel menggunakan helicopter Apache sebagaimana yang dilakukan oleh Israel pada Sheikh Yasin.

Dr.Abdul Aziz syahid bersama 2 pengawalnya ketika di dalam kereta yang dinaiki dibedil rejim zionis israel. Antara ucapan masyhur beliau apabila ditanya tentang kematian, beliau menjawab “mati itu sama sahaja samada kerana serangan jantung atau kanser..namun aku lebih suka mati kerana Apache..”Ratusan ribu umat Islam mengiringi jenazah mereka. Kini, Qo’id Hamas yang ke-3 dirahsiakan dan hanya ditonjolkan pimpinan-pimpinan tertentu sahaja.



23 oktober - 17 april 2004


Tiada ulasan:

Catat Ulasan